Basikal ni tak berkunci n aku dan Ali belasah pusing2 depan tu |
Assalammu'alaikum..
Ini blog aku yang terbaru. Aku pon taktau no. berapa punya. Tapi yangni.. aku nak paparkan sedikit kisah hidup aku yang mula berjinak di dalam dunia basikal. Gambar di atas basikal pertama aku bawak semasa di wetland Putra jaya. Saja aku kayuh 'beskal' kecik tu sebab tunggu orang yg kerja kt front office tu tak sampai2 lagi. Tapi sebelum tu aku dari taman Botanik. Basikal kat sana ada upgrade sikit. Dengan Disc Brake depan dan belakang. Kat Wetland ni masih lagi Old Fashion punya basikal. Tapi kalau gian nak kayuh tu bolerh jugak layan kat sini. Semuanya berjenama LE RUN. Sememangnya jenama basikal ni sejak dahulu lagi aku dah kenai.
Ini sample Disc Brake Basikal LE RUN kt taman BOTANIK |
Kat Taman Botanik ni, kalau hari minggu memang orang ramai jugak. Pukul 8.45am orang dah mula beratur depan grill tempat basikal di sana. Aku yang jenis malas nak beratuq memang lengai. Dah tak dapat Basikal LE RUN yang baru sikit. dapat yang jenis ada bakul bawak budak kat belakang. Boleh jugaklah.. aku kata. Warm-up dulu bawak anak aku naik bukit kat Botanik tu sampai atas n turun bawah balik. Pass anak aku kat orang rumah, ada sebijik basikal LE RUN yang tengah menunggu aku, yang bernombor 48. Tayar dia agak botak kat tengah tapi masih baik lagi conditionnya. Aku pon tak berlengah lagi, test brake masa corner. Fuhh!! Memang menangkap abiss.. Ni yang buat perasaan aku berbuak-buak nak kayuh terus nih.
Tengah Test Brake |
Sememangnya kayuhan demi kayuhan yang aku buat boleh menghilangkan stress dalam menghadapi apa jua masalah seharian. Dan aku berazam akan meneruskan hobi ni untuk luang masa lapang dan juga kesihatan. Aku rasa esok aku nak turun lagi. Nak pakai basikal yang sama no. 48, Terima kasih buat isteri aku yang support habis untuk aktiviti kami sekeluarga haritu. Walaupon dia lepak jaga anak saja bawah pokok. Banyak pahala sayang dapat. Thank you.
Para Pengayuh sudah bersedia mahu berkayuh |
So bertemu lagi kita di lain waktu, InsyaAllah aku akan update berita2 terkini kayuhan aku. Lutut peha semua dah lenguh nih. Aku nak pergi mandi n solat, n then lepas nih makan nasik. BYE..
Isteri Aku. Yang banyak bagi semangat untuk apa jua bidang yang aku ceburi. Thank You sayang |
"HANYA PENDERITAAN HIDUP YANG MENGAJAR MANUSIA SUPAYA MENGHARGAI KEBAIKAN DAN KEBAGUSAN HIDUP."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan