Sabtu, 3 Disember 2016

JAWATAN KOSONG TUKANG GUNTING RAMBUT

Pukui 5.20 pagi ternampak iklan, JAWATAN KOSONG kerja gunting rambut. Tau basic gunting dan bercukur pon takpa dah... Iklan yang mengembalikan aku kembali pada nostalgia lama. Dulu masa sekolah start dari darjah 6, aku memang ada buat kerja amal potong rambut member-member kampung dan juga orang tua-tua di kampung aku. Rasa macam aku boleh ambik job ni sebab aku memang ada basic gunting rambut ni. Walaupon tanpa sijil aku ada pengalaman sikit. Setakat nak buat rambut Bross (zaman tahun 1992) dan rambut pacak 4 segi, nak buat slop belakang dan tepi memang aku lulus.

Sebenarnya sebelum ni, 4 atau 5 tahun lepas aku ada juga nak sewa satu kedai gunting kat Pantai Dalam bawah flat PPRT. Dah bayar deposit untuk operasi. Barang semua dah ada. Taktau apa cerita, aku jadi macam takut nak cuba. Last-last tak jadi. Duit deposit burn macam tu ja. Tenggelam semangat aku pada masa tu. Tapi dalam diam-diam kalau ada iklan atau pasal gunting rambut aku memang agak tertarik.

Sekarang ni memang trend anak-anak melayu bukak kedai gunting rambut. Haritu aku ada pergi ke kompleks PKNS Shah Alam, tempah name card untuk job sale aku di kompeni Easelife (company pest control) aku ronda-ronda dalam kompleks tu, nampak kedai gunting rambut budak melayu kita bukak. Memang stylo, ada 8 kerusi di sana. Simple dan menarik.

Dulu kedai gunting ni dimanupulasi oleh kedai mamak dan juga saloon amoi. Zaman tu jugak aku berminat dan belajaq gunting rambut ni. Pernah sekalitu aku tolong potong rambut member kat kedai saloon antie yang selalu kami lepak dan gunting rambut di sana. Ini bermakna, minat aku dalam bidang guntingan ini sebenarnya dah lama. Cuma aku tak asah ja bakat aku ni.

Harap kali ni kedai gunting yang tawarkan iklan tu balas mesej aku dalam fb yang aku hantaq kat dia. Kalau dia balas memang cantik. Aku akan usahakan untuk dapat job ni. Tapi kena tengok gaji jugak berapa? Berbaloi dak masa aku habis kat sana untuk coverage duit sewa rumah dan belanja yang lain. Kalau berbaloi dan di offer aku ON!