Selasa, 22 November 2016

KERJA KAPAL

Seronok tak kalau dapat mandi laut, sungai, air terjun hatta swimming pool sekalipon. Seronokkan? Rasa macam boleh release tension. Sebab tu budak-budak kalau jumpa air, depa macam hilang ingatan. Seronok berendam, main dengan ayaq apatah lagi ada kawan ramai-ramai mandi sekali. Rasanya panggil suruh naik dari air pon takmau dah.

Tudia kat atas tu macam ayat-ayat pembukaan tulisan aku kalini rasanya. Haha macam gempak ja kan? Satgi tiba-tiba dah jadi cerita lain dari tajuk yang aku bawak mula-mulatu. Hampa tak caya hampa tengokla... haha

Aku sebenaqnya taktau nak tulis apa pon. Juz rasa macam nak tulis ja tangan aku ni. Terpikiaq pulak nak pergi mandi kat pool side dekat rumah aku ni, tapi hidung pulak selsema dah dua hari dah. Nak mandi kat rumah pon rasa malas pulak, sebab rasa macam tak keluaq pi mana-mana pon hari ni. (Ni bukan isu ayaq di selangor nah sebab aku malas mandi harini..hehe) So aku juz nak menulis saja.

Sekali sekala dapat PC. tadi aku tengah klik2 website yang ada kerja kosong. Tengah tengok2 job kerja di atas kapal. Rasa macam best ja kerja macamtu. Dah siap mintak proving bini dah nak kerja kapai. Walaupon blom tengok lagi apa syarat2 nak kerja tu. Sekali tengok, macam2 dia nak kalau nak pi belayaq. Seamen card la... apa lagi ntah.. adala dua tiga benda yang memerlukan wang dan masa kalau kita nak apply kerja2 macam tu. Gaji memang masyuk.. pakai USD. Aku memang suka kalau anak2 muda yang masih lagi muda below 30 yang masih bujang cuba try kerkja ni. Cuma cabarannya berjauhan dari keluarga. Tapi hampa akan dapat banyak pengalaman dan dalam masa yang sama boleh bantu mak dan ayah dari sudut kewangan. Hampa dok ataih kapal bukan pakai duit banyak pon... hehe

So buat anak-anak muda yang berjiwa kental aku sarankan hampa jadi krew kapal. Dulu masa umoq aku 20 an... aku memang tak nampak peluang2 kerja macamni.. mungkin tahun 90'an dan awal 2000 susah sikit nak cari kerja. kot. Nak kena rajin beli surat habaq. Sekarang ni han pi bukak kitab makcik Google taip ja KERJA KAPAL.. dia bagi kat hang bersusun... Hang pilih ja... kalau betui berminat hang ikutlah syarat2 yang depa bagi. hehe

kan aku dah kata, dah lari tajuk bab mandi tadi ke laut pulak.. haha ok aku chow dulu untuk penulisan kali ini. teringat kata2 orang lama2 "JAUH BERJALAN LUAS PANDANGAN." So selamat menjalani kehidupan yang baik sebelum nafas kita terhenti di dunia ini... salam....







BAGAIMANA NAK JADI SEORANG PENULIS



Assalammu'alaikum wbt...

Dah lama rasanya tak menulis di blog. Taktau kenapa dua tiga hari ini, rasa macam nak menulihhh jaa... Try sign in blog ni.. minggu lepas, tersangkut pulak dekat no. access code, talipon.. Pon pelik jugak... Sejak bila aku setkan nak masuk blog pon kena pakai no. phone. Rasanya adalah aku tertekan kat mana-mana sambil dok godek-godek telepon hari-hari ni..

Tapi takpa, Harini dah start boleh masuk balik, dan bolehlah aku sambung penulisan aku balik. Sekurang-kurangnya aku rasa ringan sikit permasaalahan yang aku tengah tanggung kat kepala otak ni. Semua orang ada masalah masing-masing, hatta budak-budak kecil pon aku rasa ada banyak masalah, tetapi depa tak fikir itu masaalah, sebab kalau depa nak apa-apa juz menangis dan inform mak dan bapak maka mungkin selesai sikit apa jua masalah anak-anak kita tu. Ok aku takmau berlegar-legar dalam penulisan masaalah, aku juz nak tulis apa yang terlintas di kepala otak sekarang ni. Mungkin ramai orang yang menulis dengan cara masing-masing. Ada yang menulis apabila habis baca sebuah buku dan mula memberi pendapat mereka melalui penulisan tersebut. Ada juga yang menulis berdasarkan pengalaman hidup, menjelajah, jatuh basikal, eksiden, anak sakit, bini sakit, keluarga ditimpa bencana, dapat hadiah dan macam-macam lagilah! Pendek kata pelbagai cara untuk kita mendapat idea untuk menulis.

Aku rasa aku memang boleh jadi seorang penulis, cuma masaalah yang aku rasa, aku tak fokus kalau buat sesuatu hatta main hobi sekalipon. So macamana aku nak survive masalah aku sendiri ni? Aku sendiri pon dah jawab kat atas ni.. AKU TAK FOKUS kalau buat sesuatu. So aku rasa aku perlu repair tabiat buruk aku ni untuk menjadi seorang yang berjaya di dalam apa jua lapangan yang aku ceburi.

So apa yang aku nampak, menulis ni tak susah. Di mana sahaja, dalam apa jua keadaan kita boleh menulis. Tambahan sekarang gadget di tangan, boleh ja tulis apa-apa bila fikirkan sesuatu. Teringat Facebook, sebab tu sebelum kita tulis di fb, kita akan nampak WHATS ON YOUR MIND, so dari situ saja dah boleh tulis apa yang kita ingat dalam kepala, betui dak?

Dalam tengah-tengah rancak aku menaip di komputer ni, terjeling anak bongsu aku Zen 'Isaa Al Maliq tengah asyik lena. Budak ni memang lain macam sikit feelnya, malam pukui 3pagi pon masih dengan gadget tengok Youtube, style dia macam tauke2 yang teramat sebok. kalau dia pegang henpon, habis.. semua kerja tak jalan, termasuklah mandi. Aku harap suatu hari nanti dia akan membesar dan belajar dari segala sudut kehidupan. Eh! nampak tak aku dah keluaq dari tajuk yang aku tulis sebelum ni, bab MENULIS dan mula masuk pulak bab lain. Inilah masalah aku yang sebenaq, tak boleh fokus kalau buat sesuatu, suka lari dari tajuk. Sebab tu masa test SPM tahun 1995 dan 1996(ulang) dua kali jugak aku fail.. tak dapat kepujian dalam mata pelajaran bahasa Malaysia hanya dapat gred 7. Haha.. tapi takpa aku akan terus berusaha atasi masalah penulisan aku ni sampai berjaya. Terbaca  kisah seorang mamat ni, walaupon dia X pass SPM tetapi berjaya menjadi seorang DOKTOR. Aku belum baca lagi kisah ni... tapi aku macam boleh agak dia buat macamana.

Ok aku rasa dah macam banyak sangat dah aku tulis Harini, (macamanalah aku nak tulis buku yang stebal 100 mukasurat) haha kalau tulis blog sikit macamni pon dah rasa banyak sangat dah.  Takpa aku cuba2 tulis macamni dulu.. mungkin dalam keadaan menulis ni aku akan dapat banyak idea lagi tentang cara-cara nak menulis. Mungkin aku boleh keluarkan buku yang tak payah tulis panjang-panjang. Mungkin buku-buku sajak barangkali!