Sabtu, 3 Disember 2016

JAWATAN KOSONG TUKANG GUNTING RAMBUT

Pukui 5.20 pagi ternampak iklan, JAWATAN KOSONG kerja gunting rambut. Tau basic gunting dan bercukur pon takpa dah... Iklan yang mengembalikan aku kembali pada nostalgia lama. Dulu masa sekolah start dari darjah 6, aku memang ada buat kerja amal potong rambut member-member kampung dan juga orang tua-tua di kampung aku. Rasa macam aku boleh ambik job ni sebab aku memang ada basic gunting rambut ni. Walaupon tanpa sijil aku ada pengalaman sikit. Setakat nak buat rambut Bross (zaman tahun 1992) dan rambut pacak 4 segi, nak buat slop belakang dan tepi memang aku lulus.

Sebenarnya sebelum ni, 4 atau 5 tahun lepas aku ada juga nak sewa satu kedai gunting kat Pantai Dalam bawah flat PPRT. Dah bayar deposit untuk operasi. Barang semua dah ada. Taktau apa cerita, aku jadi macam takut nak cuba. Last-last tak jadi. Duit deposit burn macam tu ja. Tenggelam semangat aku pada masa tu. Tapi dalam diam-diam kalau ada iklan atau pasal gunting rambut aku memang agak tertarik.

Sekarang ni memang trend anak-anak melayu bukak kedai gunting rambut. Haritu aku ada pergi ke kompleks PKNS Shah Alam, tempah name card untuk job sale aku di kompeni Easelife (company pest control) aku ronda-ronda dalam kompleks tu, nampak kedai gunting rambut budak melayu kita bukak. Memang stylo, ada 8 kerusi di sana. Simple dan menarik.

Dulu kedai gunting ni dimanupulasi oleh kedai mamak dan juga saloon amoi. Zaman tu jugak aku berminat dan belajaq gunting rambut ni. Pernah sekalitu aku tolong potong rambut member kat kedai saloon antie yang selalu kami lepak dan gunting rambut di sana. Ini bermakna, minat aku dalam bidang guntingan ini sebenarnya dah lama. Cuma aku tak asah ja bakat aku ni.

Harap kali ni kedai gunting yang tawarkan iklan tu balas mesej aku dalam fb yang aku hantaq kat dia. Kalau dia balas memang cantik. Aku akan usahakan untuk dapat job ni. Tapi kena tengok gaji jugak berapa? Berbaloi dak masa aku habis kat sana untuk coverage duit sewa rumah dan belanja yang lain. Kalau berbaloi dan di offer aku ON!

Selasa, 22 November 2016

KERJA KAPAL

Seronok tak kalau dapat mandi laut, sungai, air terjun hatta swimming pool sekalipon. Seronokkan? Rasa macam boleh release tension. Sebab tu budak-budak kalau jumpa air, depa macam hilang ingatan. Seronok berendam, main dengan ayaq apatah lagi ada kawan ramai-ramai mandi sekali. Rasanya panggil suruh naik dari air pon takmau dah.

Tudia kat atas tu macam ayat-ayat pembukaan tulisan aku kalini rasanya. Haha macam gempak ja kan? Satgi tiba-tiba dah jadi cerita lain dari tajuk yang aku bawak mula-mulatu. Hampa tak caya hampa tengokla... haha

Aku sebenaqnya taktau nak tulis apa pon. Juz rasa macam nak tulis ja tangan aku ni. Terpikiaq pulak nak pergi mandi kat pool side dekat rumah aku ni, tapi hidung pulak selsema dah dua hari dah. Nak mandi kat rumah pon rasa malas pulak, sebab rasa macam tak keluaq pi mana-mana pon hari ni. (Ni bukan isu ayaq di selangor nah sebab aku malas mandi harini..hehe) So aku juz nak menulis saja.

Sekali sekala dapat PC. tadi aku tengah klik2 website yang ada kerja kosong. Tengah tengok2 job kerja di atas kapal. Rasa macam best ja kerja macamtu. Dah siap mintak proving bini dah nak kerja kapai. Walaupon blom tengok lagi apa syarat2 nak kerja tu. Sekali tengok, macam2 dia nak kalau nak pi belayaq. Seamen card la... apa lagi ntah.. adala dua tiga benda yang memerlukan wang dan masa kalau kita nak apply kerja2 macam tu. Gaji memang masyuk.. pakai USD. Aku memang suka kalau anak2 muda yang masih lagi muda below 30 yang masih bujang cuba try kerkja ni. Cuma cabarannya berjauhan dari keluarga. Tapi hampa akan dapat banyak pengalaman dan dalam masa yang sama boleh bantu mak dan ayah dari sudut kewangan. Hampa dok ataih kapal bukan pakai duit banyak pon... hehe

So buat anak-anak muda yang berjiwa kental aku sarankan hampa jadi krew kapal. Dulu masa umoq aku 20 an... aku memang tak nampak peluang2 kerja macamni.. mungkin tahun 90'an dan awal 2000 susah sikit nak cari kerja. kot. Nak kena rajin beli surat habaq. Sekarang ni han pi bukak kitab makcik Google taip ja KERJA KAPAL.. dia bagi kat hang bersusun... Hang pilih ja... kalau betui berminat hang ikutlah syarat2 yang depa bagi. hehe

kan aku dah kata, dah lari tajuk bab mandi tadi ke laut pulak.. haha ok aku chow dulu untuk penulisan kali ini. teringat kata2 orang lama2 "JAUH BERJALAN LUAS PANDANGAN." So selamat menjalani kehidupan yang baik sebelum nafas kita terhenti di dunia ini... salam....







BAGAIMANA NAK JADI SEORANG PENULIS



Assalammu'alaikum wbt...

Dah lama rasanya tak menulis di blog. Taktau kenapa dua tiga hari ini, rasa macam nak menulihhh jaa... Try sign in blog ni.. minggu lepas, tersangkut pulak dekat no. access code, talipon.. Pon pelik jugak... Sejak bila aku setkan nak masuk blog pon kena pakai no. phone. Rasanya adalah aku tertekan kat mana-mana sambil dok godek-godek telepon hari-hari ni..

Tapi takpa, Harini dah start boleh masuk balik, dan bolehlah aku sambung penulisan aku balik. Sekurang-kurangnya aku rasa ringan sikit permasaalahan yang aku tengah tanggung kat kepala otak ni. Semua orang ada masalah masing-masing, hatta budak-budak kecil pon aku rasa ada banyak masalah, tetapi depa tak fikir itu masaalah, sebab kalau depa nak apa-apa juz menangis dan inform mak dan bapak maka mungkin selesai sikit apa jua masalah anak-anak kita tu. Ok aku takmau berlegar-legar dalam penulisan masaalah, aku juz nak tulis apa yang terlintas di kepala otak sekarang ni. Mungkin ramai orang yang menulis dengan cara masing-masing. Ada yang menulis apabila habis baca sebuah buku dan mula memberi pendapat mereka melalui penulisan tersebut. Ada juga yang menulis berdasarkan pengalaman hidup, menjelajah, jatuh basikal, eksiden, anak sakit, bini sakit, keluarga ditimpa bencana, dapat hadiah dan macam-macam lagilah! Pendek kata pelbagai cara untuk kita mendapat idea untuk menulis.

Aku rasa aku memang boleh jadi seorang penulis, cuma masaalah yang aku rasa, aku tak fokus kalau buat sesuatu hatta main hobi sekalipon. So macamana aku nak survive masalah aku sendiri ni? Aku sendiri pon dah jawab kat atas ni.. AKU TAK FOKUS kalau buat sesuatu. So aku rasa aku perlu repair tabiat buruk aku ni untuk menjadi seorang yang berjaya di dalam apa jua lapangan yang aku ceburi.

So apa yang aku nampak, menulis ni tak susah. Di mana sahaja, dalam apa jua keadaan kita boleh menulis. Tambahan sekarang gadget di tangan, boleh ja tulis apa-apa bila fikirkan sesuatu. Teringat Facebook, sebab tu sebelum kita tulis di fb, kita akan nampak WHATS ON YOUR MIND, so dari situ saja dah boleh tulis apa yang kita ingat dalam kepala, betui dak?

Dalam tengah-tengah rancak aku menaip di komputer ni, terjeling anak bongsu aku Zen 'Isaa Al Maliq tengah asyik lena. Budak ni memang lain macam sikit feelnya, malam pukui 3pagi pon masih dengan gadget tengok Youtube, style dia macam tauke2 yang teramat sebok. kalau dia pegang henpon, habis.. semua kerja tak jalan, termasuklah mandi. Aku harap suatu hari nanti dia akan membesar dan belajar dari segala sudut kehidupan. Eh! nampak tak aku dah keluaq dari tajuk yang aku tulis sebelum ni, bab MENULIS dan mula masuk pulak bab lain. Inilah masalah aku yang sebenaq, tak boleh fokus kalau buat sesuatu, suka lari dari tajuk. Sebab tu masa test SPM tahun 1995 dan 1996(ulang) dua kali jugak aku fail.. tak dapat kepujian dalam mata pelajaran bahasa Malaysia hanya dapat gred 7. Haha.. tapi takpa aku akan terus berusaha atasi masalah penulisan aku ni sampai berjaya. Terbaca  kisah seorang mamat ni, walaupon dia X pass SPM tetapi berjaya menjadi seorang DOKTOR. Aku belum baca lagi kisah ni... tapi aku macam boleh agak dia buat macamana.

Ok aku rasa dah macam banyak sangat dah aku tulis Harini, (macamanalah aku nak tulis buku yang stebal 100 mukasurat) haha kalau tulis blog sikit macamni pon dah rasa banyak sangat dah.  Takpa aku cuba2 tulis macamni dulu.. mungkin dalam keadaan menulis ni aku akan dapat banyak idea lagi tentang cara-cara nak menulis. Mungkin aku boleh keluarkan buku yang tak payah tulis panjang-panjang. Mungkin buku-buku sajak barangkali!




Ahad, 15 Mei 2016

COC pulak aduii


Assalammu'alaikum and salam sejahtera. Ini kali kedua aku update artikel kt blog ni selepas 3 tahun. Bz sungguh. Bukan apa.. tulih blogni sekadar suka2 dan tak serius pon. Time bosan dan cemuih. kita tulih nooo... 

Ni.. kat ataih ni gambaq aku dan adik bongsu aku. Banyak persamaan sebenaqnya kamini. Dari sudut yang pelbagai. malaih aku nak cerita kat sini. tapi sejak setahun yang lepas yakni hujung tahun 2014 sampai ke tarikh harini 16 May 2016 aku ada main satu game yang agak kontroversi  jugak di malaysiani.. yakni COC @ lebih dikenali dgn CLASH OF CLANS. Best game ni habaq ang. Dia mula dari first TOWN HALL kecik ja base yg hg start. sat aku google gambaq TH1 sat.. nk tunjuk kat hampa. 




tudia mula2 aku main dulu besaqni sajabase aku. berkat kesabaran.. mungkin minat atau mungkin aku yg bukannya jenis org yg suka main game bila terjumpak sekali game macamni teruih melekat. Masa kecik2 dulu saja aku ingat time aku sekolah kat jalan pegawai, time tu ada dua game yang aku selalu pi main kat kedai game. Game bola dan game bola tampaq. Dan kadang2 game moto.. yang duduk ataih moto senget kiri kanan tu.. hehehe.

ok sambung cerita... Bukan aku dan adik aku yg bongsu saja yang minat main game ni.. adik aku yg no. dua dan tiga juga satu kepala serta beberapa org budak2 muda kg kami semua pakat2 main game ni. So setelah meeting dibuat dalam group wassap, kami bukak satu clan nama dia BAGAN GHEBAU OFFICIAL KG MEDAN CLAN @ kalau hampa search kt clan name dlm game tu nama dia BGO KM CLAN. Ahli majlis, org kg, kawan2 rapat, sauadara mara kami yg join clan tu semua kita up jadi CO LEADER, Dan yg sempoinya LEADER clan kita ganti2.. tapi hanya org yg kenai ja.. nak bagi mudah kalau apa2 hai terjadi dlm clan.. boleh take over. 





Nindia nama clan kami BGO, hari2 war non stop sampai lani. Lepastu aku bukak pulak satu lagi clan nama dia BGO jugak tapi ada JR kat blakg... sebab pada mulanya discuss, clan second ni nak buat utk yg baru main coc. bolehlah pi belajaq and sekolah dulu kat sini,, n kalau dah paka baru masuk kt BGO "HQ". hehehe dah ada branch tu jgn men2.. hahahaha..

dipendekkan cerita aku rasa malaih pulak nak tulih pasai game ni,,, kami teruih main.. lani semua org lama pakat lepak kt BGO KM CLANjr dan yg ada dua tiga acc.. parking kat hq layan war kat sana,, jenis open org tak kenai punya. Sebab clan sekarang dah dahsyat dah masuk level 9. Dah potong top clan world ranking ARAB CHAMPION N MEGA EMPIRE. Dan adik aku pulak ada bukak clan baru MEGA WAR UTARA @ MWU.. dia train sendiri org2 dia.. dan buat sistem dia sendiri... So taktau lagi berapa lama kami nak main game ni... lani ada satu game baru lagi mai.. adik COC ni,, nama dia CLASH ROYALE @CR.. aku dan adik aku no.3 ada try... yang lain blom main lagi .. Mungkin ada sambungan cerita pasai game coc ni kalau aku ghajin nanti. OK cau......


ni Dragon.. boleh unlock masa TH7.. boleh combined dgn baloon utk attack enemy.

ini ARCHER QUEEN n BARBARIAN KING ..





coc troop